Rabu, 14 Disember 2016

PUDING TELUR MATA KERBAU

BAHAN-BAHAN
1 paket agar-agar serbuk 10 gram
600 ml air
3/4 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
Pewarna kuning
Acuan kuih lompang dan bekas/piring yang sesuai
 

CARA MEMBUATNYA
Satukan air,gula pasir dan agar-agar serbuk.Masak di atas dapur hingga gula dan agar-agar hancur
Tuang susu cair ke dalam adunan.Kacau sebati,biarkan mendidih dan tutup api
Cedukkan satu setengah cawan adunan ke dalam periuk lain
Masukkan pewarna kuning dan tepung kastard
Masak semula.Kacau hingga nampak likat dan berkilat.Tutup api.Tuang ke dalam acuan kuih lompang
Biarkan bahagian telur kuning mengeras
Bila keras,keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas/piring yang sesuai
Tuangkan adunan putih
Bahagian kuning mestilah menonjol sedikit dari bahagian putih.Untuk menampakkan bentuk telur mata kerbau separuh masak
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais
Boleh dapat 12 biji puding telur
 

Sumber resepi  LinaPg
 


Selamat mencuba 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan