Khamis, 18 September 2014

BOTOK-BOTOK.



BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
2 biji bawang besar, saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris*(*dikisar halus)
2 camca besar penuh rempah kari ikan ( rempah Baba's)
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa



BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Pucuk ubi secukupnya 
Pucuk daun bebuas 
Pucuk betik secukupnya 
Pucuk mengkudu secukupnya, hiris
4 helai daun kunyit, hiris
Sekiranya ada pucuk2 yg sesuai boleh tambah…


BAHAN-BAHAN LAIN :-)
3 keping keratan ikan tenggiri
Daun pisang secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK REMPAH :- 
1.  Bancuh bahan kisar halus dengan  rempah kari ikan, kacau rata hingga menjad pes, kalau perlu tambah sedikit air.
2.  Masukkan santan, kerisik, asam jawa, gula melaka dan sedikit garam. Kacau rata jika perlu tambah lagi garam secukup rasa 

UNTUK BOTOK-BOTOK IKAN TENGGIRI :- 
1.  Panaskan kukus, ambil sehelai daun pisang yang telah dibersihkan dan dilayur sedikit atas api (cuma guna lapiskan lagi sehelai daun pisang).
2.  Letak pucuk ubi, pucuk daun bebuas dan pucuk betik. Sapu dengan pes rempah secukupnya. Letak sekeping ikan tenggiri. Sapu lagi pes rempah atas ikan dan tabur hirisan daun kunyit, dan pucuk mengkudu.
3.  Kemudian bungkus kemas seperti bungkus nasi lemak. (tak kesah lah apa gaya sekali pun janji ia dibungkus kemas).
4.  Buat hingga siap.
5.  Kukus dengan api besar selama 50 minit atau hingga masak.
6.  Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.





Selamat Mencuba…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan