Sabtu, 10 Disember 2016

Lopes Ubikayu



BAHAN NYA
1 kilo ubi kayu di parut
1 1/2 cawan air pandan (5-6 helai dikisar bersama air )
1 sudu besar gula putih
sedikit garam
secukupnya kelapa parut di gaul sedikit garam
secukupnya daun pisang untuk membungkus

Saya hanya gunakan acuan
Sapukan sedikit mentega dan masukan adunan yang telah digaulkan.
Masa kukusan pun lebih kurang sama jugak lah dengan menggunakan daun pisang
Untuk yang tak ada daun pisang boleh guna apa-apa bekas..
 

CARA NYA
1.  Parut ubi kayu dan toskan dalam penapis didalam sebuah bekas.
2.  Buang air jernih di permukaan bekas dan ambik pati nya ubikayu.
3.  Campurkan ubikayu dengan air pandan, garam dan gula, gaul sebati.
4.  Ambil daun pisang buatkan bentuk kon dan masukkan sesudu adunan dan lipatlah.
5.  Buat sehingga habis adunan dan kukus selama 15 - 20 minit pada kukusan yg telah panas.
6.  Gaulkan dengan kelapa parut dan hidangkan dengan sirap gula melaka.

UNTUK SIRAP GULA MELAKA 

1/2 cawan air bersama 
100 gm gula melaka 
2 sudu gula putih
daun pandan, 
Masak semua bahan sehingga mendidih, tapis, 
simpan semalaman untuk memekatkan sirap.




  Selamat menjamu mata...
Pada yang teringin nak buat tu boleh lah guna resepi ni.
Selamat Mencuba




Tiada ulasan:

Catat Ulasan