Khamis, 15 Disember 2016

Kuih Gegetas

BAHAN
2 cwn tepung pulut
1 cwn tepung gandum
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

UNTUK SIRA
1 cwn gula
1/2 cwn air
2 helai daun pandan disimpul

Campurkan kesemua bahan kedalam bekas, tuang air sikit2 dan uli sampai tepung agak2 tak melekat kat jari
Cubit adunan sebesar bola ping pong bulatkan dan kemudian dileperkan
Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana

Cara untuk sira
Masukkan gula,air dan daun pandan masak dgn api sederhana sehingga berbuih
masukkan kuih getas yang digoreng tadi dan kacau sampai gula bersakar...
SELAMAT MENCUBA....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan