Khamis, 1 Disember 2016

Kuih Lopes

Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
Daun pisang

Bahan untuk Air gula:
Daun Pandan
Gula melaka
Air

Cara-caranya:
 - Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
- Panaskan pengukus.
- Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
- Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.

Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. 

Selamat mencuba......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan