Khamis, 1 Disember 2016

Kerepek ngaku @ arrowhead

Ada kawan2 chinese kata buah ngaku ni diimport dari China..biasanya musim chinese new year je ada buah ngaku ni. Kalau nak beli buah ngaku agak mahal jugak..baik beli masa perayaan raya cina dah abis boleh beli dengan harga mampu milik ...
Senang je rupanya nak buat kerepek ngaku..memang berbaloi klu buat sendiri di rumah. Cepat dan paling penting sekali 'fresh'...lepas goreng terus makan.....

 Bahan-bahan
  1. Ubi ngaku @ arrowhead
  2. Minyak secukupnya untuk menggoreng
  3. Sedikit garam halus
Cara2 membuatnya
  1. Mula2 kupaskan kulit ngaku sehingga betul2 bersih. kulitnya nipis saja. Tak perlu dibuang bahagian atas yang macam jambulnya tu untuk memudahkan semasa proses menyagatnya nanti).
  2. Sagatkan menjadi kepingan2 nipis, pegang bahagian atas jambul & sagat perlahan2, hati2 jangan sampai tercedera tangan...
  3. Rendamkan di dalam air sehingga selesai kesemuanya, toskan
  4.  Panaskan minyak secukupnya, minyak mestilah betul2 banyak & mencukupi
  5. Apabila minyak sudah betul2 panas, masukkan kesemua ubi ngaku yang siap disagat dan gorengkan sehingga betul2 garing, tapi jangan sampai terlebih garing nanti tak sedap pulak..
  6. Angkat dari minyak & toskan. Kemudian bolehlah ditaburkan sedikit saja garam halus jika suka.
    SELAMAT MENCUBA..
     
     
     
     
     
     
     
     
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan