Selasa, 20 Disember 2016

Keria gula melaka

Bahan :-
1 kilo keledek putih di kukus
250 gram tepung gandum

5 sudu tepung beras [ untuk rangup ]
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar butter

Keledek.yang sudah di kukus campur sekali garam halus butter lenyek hingga sebati
Biarkan sejuk sebentar.
Ayak tepung dan baking powder
Bila keledek sudah sejuk.campurkan tepung dan uli sebati......

sapu tangan dengan minyak. kemudian leperkan dan cucuk dibahagian tengah dengan jari yang di saluti minyak terlebih dahulu...
Alas tray dengan plastik dan susun doh siap...

goreng dengan minyak yang banyak ...dgn api sederhana sampai perang ..
Sejuk sebentar...sebelom disira.

Bahan sira
100 gram gula melaka yang di racik halus
1 sudu teh gula.putih
1 ketul gula batu di tumbuk halus....agar cepat cair semua gula
4 sudu besar air

Campur.semua bahan masak hingga likat dan berbuih

Baru masukkan keria.gaul sebati hingga nampak berkilat tutup api.
Terus angkat dengan chopstik dan susun di redai....

Jangan sampai kering nanti melekit......



 Selamat Mencuba

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan