Khamis, 1 Disember 2016

Kek Minyak Gebu Dan Sedap

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menikmati makanan kegemaran saya. Cuma udang dan ketam masih saya ketepikan. Lagi pulak, umur macam saya ni, saya dah puas menikmati semua makanan laut yang sedap sedap. Inilah masa nya saya berhenti demi untuk kesihatan diri.
Berbalik kepada Kek Minyak ini, memang sangat gebu dan moist. Saya makan ketika masih panas panas kerana dah tak sabar untuk menunggu ianya sejuk.


Kek Minyak

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
 
Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
 
 Selamat Mencuba
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan