Ahad, 17 Februari 2013

Kucing Kesayangan....





omok tengah santai




Memelihara, memiliki serta menjaga kucing amat menyeronokkan. Tidak nafikan menjaga kucing juga memerlukan kesabaran, sama seperti kalau kita mempunyai haiwan peliharaan lain.

Banyak perkara boleh dipelajari mengenai sifat dan tabiat kucing. Ramai berpendapat, wanita lebih suka kucing berbanding lelaki.
Dirumah saya suami yg paling suka dengan kucing



Telatah kucing




Bagaimanapun, memerhatikan gelagat kucing cukup menyeronokkan. Campakkan batu, bola kecil atau objek boleh bergerak di atas lantai,
Kita akan tersenyum dan ketawa melihat aksi kucing bermain, bergolek-golek bermain dengan objek berkenaan.

Kucing akan lebih suka minum (menjilat) air yang diletakkan di atas benda leper berbanding dalam mangkuk. Pada waktu pagi pula, perkara pertama yang selalunya dilakukan oleh kucing ialah menyapu atas dan bawah kakinya sehinggalah mendapat makanan.

Banyak perkara menarik mengenai kucing yang boleh membuatkan kita berasa terhibur dengan gelagatnya.

Kucing suka kalau bahagian belakangnya digosok perlahan-lahan. Kucing akan berdiri dan meninggikan badannya tanda minta digosok di belakangnya. Seekor kucing berjemur selama berjam-jam. Latih kucing untuk membersihkan tempat kotor pada bahagian badannya. Lama-kelamaan, ia akan membersihkan sendiri tempat yang kotor itu.

Hidung kucing memang kecil tetapi deria baunya 14 kali ganda lebih baik daripada manusia. Anak kucing akan terkencing kalau terkejut. Tak percaya? Letakkan anak kucing di tempat gelap, kemudian anda suluh dengan lampu suluh secara tiba-tiba ke arah matanya? Ia boleh membuatkan anak kucing tadi terkencing di atas sofa atau katil anda!

Manjakan kucing anda dan dia akan menyukai atau menyayangi anda selama lamanya walaupun apabila anda mungkin sudah tidak menyayanginya lagi.


 Omok

 Tam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan