Jumaat, 15 Februari 2013

Bubur Candil



Bubur candil 

Cuaca sejuk2 ni rasa nak makan bubur or pengat.... Bila dah buka fb tgok gambar makanan sedap2 semuanya teringin … apa pun puas dapat makan bubur candil buatan sendiri….kena parut kelapa sendiri juga… siap bertambah2 lagi! dari mana dapat nama bubur candil tu x tahula pulak…



bahan2nya.
  • 1 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 4 biji pisang nipah
  • 1 buku gula Melaka ( klu kurang manis + gula )
  • garam dan daun pandan

  1. Uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.Re
  2. Rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. Sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama pisang rebus sebentar  dan tambah gula dan daun pandan.
  4. Masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan