Selasa, 12 Februari 2013

Kolagen



Projek pagi ini.







Pagi2 dah masak kolagen 300gm permintaan teman.

   Gambar: Projek pagi ini



Bagaimana cara guna rumpai laut.


Kaedah pertama; rumpai laut dimasak
  • Cuci beberapa kali.
  • Rendam semalaman (lbh kurang 8- 12 jam).
  • Kemudian cuci lg beberapa kali.
  • Rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
  • Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur. lebih kurang 20-40minit.
  • Masukkan dalam bekas.
  • Biarkan kolagen 10 minit dan simpan dlm peti ais.

Cara guna
  • Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena. amalkan 2 kali sehari.
  • Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit)  
  • Boleh sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.
  • Se eloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi.



Berapa banyak rumpai laut sekali masak.

Terpulang pada penguna. Disini saya bagi sedikit cadangan, 
  • utk 50 gram rumpai laut  + 1.3 liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 1-2 minggu 
  • utk 100 gram rumpai laut + 21/2 liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 2-4minggu.

 
Kalau simpan dlm peti ais sebulan, kolagen siap di masak tidak rosak.

Kolagen siap dimasak anti kulat. tidak rosak tetapi pastikan kolagen ini tidak bercampur dgn bahan makanan yg lain. contohnya gunakan sudu yg bersih semasa scoop kolagen. jika bercampur dgn makanan yg lain, kolagen akan rosak atau basi. 



Bagaimana rasa rumpai laut.

Tawar dan sedikit hanyir. Untuk kurangkan hanyir, rendam dengan daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan