Rabu, 30 November 2016

KEK BUAH KUKUS [ cara 2 ]

Resepi asal : Chef Zubaidah


Bahan A
300 gm gula halus
250 gm mentega
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas

Bahan B
350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)

Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A



Cara Cara
1. Mula-mula kita sediakan dahulu bahan A. Proses membuat bahan A ini adalah sama seperti proses membuat gula hangus.
2. Masukkan gula kedalam kuali. biarkan hingga menjadi gula perang.

3. Bila dah cair masukkan air. mentega kacau sebati masukkan buah biarkan mendidih....
4. Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering kita ni suam, bolehlah kita ayak dahulu bahan-bahan kering.
5. Masukkan tepung kedalam adunan gula butter n buah kacau hingga sebati dgn senduk kayu..
6. Bland telur dan masukkan kedalam adunan tepung n buah...
7. Dah sebati tuang kedalam loyang saiz 8x8 in...
8. Tutup dgn kertas aluminium.... Kukus 

Untuk Perhatian :-
Kukus hendaklah di panaskan terlebih dahulu. Air kukusan hendaklah di isi penuh kerana kek ini akan di masak lebih kurang 4 jam. Bila air di dalam kukusan dah mendidih barulah kita letakkan loyang adunan kita di dalamnya.
Sekiranya semasa proses mengukus air hampir kering, tambahkan air pada kukus dengan air panas.

Loyang perlu di tutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air dari tutup kukusan menitis ke atas kek dan mengakibatkan kek kita tidak cantik.

Kukus kek ini selama 4 jam dengan api yang sederhana. Sekiranya kek masih belum masak tambahkan lagi masa mengukus
Bila kek dah masak, biarkan ia sejuk sedikit sebelum di keluarkan dari kukusan.
Keluarkan kek dari loyang bila ia dah sejuk 


 



Selamat Mencuba






Tiada ulasan:

Catat Ulasan