Selasa, 8 November 2016

Sekolah Menengah Vokasional Azizah JB




Teringat kenangan zaman sekolah asrama dulu. Saya rasa ramai yang pernah duduk asrama atau hostel kan.
Saya bersekolah dibandar Johor Bahru…Sekarang sekolah ni dah maju dan cantik.  
Sebelum bersekolah disini .... Saya bersekolah di Sekolah Menengah Air Tawar. Kota Tinggi Johor.

Kena Ragging

Memang rindu sangat bila teringat balik. Masa itu tidak dinafikan memang rasa tak seronok “home sick“. Asyik teringat rumah sahaja dan ada juga fikir rasa nak lari.
Tekanan juga duduk asrama kena ragging sikit sikit ja tak la teruk sangat... Kalau terus jadi senior tidak apa tapi kalau freshie memang teruk kena buli.
Lama juga hendak sesuaikan diri dengan suasana sekolah yang terletak dibandar ini. Al-maklum la saya lahir dikampung dan bersekolah rendah di Felda tetapi selepas berapa bulan baru selesa.

Bila naik jadi senior jadi rajalah kita cuma bab ragging ni saya tidak berapa suka. Kira saya ni senior yang baikla juga....
Rindu Sangat Zaman Sekolah Dulu
Pada masa dulu isu ragging ini tidak dibesar-besarkan. Tidak ada pun yang berani mengadu pada mak ayah, simpan dalam hati sahaja.
Kalau bagi tahu pun bukan mak ayah ambil kisah, disalahkan kita balik adalah…baik senyapkan aje.
Tidak macam sekarang cuba cikgu usik dan pukul anak murid sikit mesti mak ayah dah sinsing kain ala-ala Padaiyappa mengamuk di sekolah.
Banyak kita baca surat khabar tentang isu masalah pelajar ini. Ada juga kes anak murid pukul cikgu sampai viral di sosial media. Tidak tahulah siapa yang nak disalahkan..... cikgu, mak ayah atau anak murid.
Banyak kenangan manis semasa duduk asrama dulu tapi semuanya tinggal kenangan

Gambar kawan kawan sekelas
Kawan kawan yang duduk diasrama tidak dapat dihubungi lagi









 Alhamdulillah
..Terima Kasih Pada Semua..

 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan