Isnin, 28 November 2016

Nasi Ayam



Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
 
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih

2 biji bawang merah 
2 sudu lada hitam 
3 sudu madu
garam
 

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan bahan2 perap kalau nak sedap perap lama sikit...
Bakar guna oven hingga masak
  * Bahan perapan yang lebih dimasak hingga kering sapu pada ayam yang dah masak...bakar kejap....

Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 kiub ayam / air rebusan ayam
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk

2 helai daun pandan
1. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
2. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 
Sambal
10 biji lada merah
10 biji limau kasturi [ ambil jus nya ]
2 ulas bawang putih
garam 
gula
1 sudu minyak bijan
Blander semua bahan diatas.... Boleh juga dimasak.
 Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan