Sabtu, 22 Oktober 2016

SMAT Dalam Kenangan 1


1977 - 1979
 
 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
Inilah sekolah yang telah banyak memberi kita ilmu sebagai bekalan kita hingga kita jadi sepertimana kita sekarang, terlalu banyak kenangan suka-duka, pahit-manis yang kita perolehi disini
Insya-Allah andai diizikan oleh-NYA mungkin satu hari nanti dapat kita sama-sama berkumpul kembali.....

Buat tatapan rakan-rakan tak kira dimana... agar segala kenangan di zaman persekolahan tetap menjadi satu kenangan yang indah dan juga sebagai titik mula kehidupan kita....


  Menumpang bangunan di SK LKTP Air Tawar 1 ...
Pada tahun 1978, Sekolah Menengah Rendah Air Tawar yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke FELDA Air Tawar 2 sehinggalah sekarang. Pada awalnya sekolah ini dibina di atas sebuah tapak seluas 13.5 ekar dan hanya mempunyai 2 buah bangunan, sebuah bengkel dan sebuah kantin. Pada tahun 1983, sekolah ini dikenali sebagai SM Air Tawar sahaja kerana telah mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 4. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama di sekolah ini adalah pada tahun 1984.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad,, Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 29 Jun 1985 bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah. Pada tahun 2009, sekolah ini telah ditambah dua bangunan tiga tingkat untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Tujuan seterusnya ialah untuk mengadakan satu sesi iaitu hanya sidang pagi sahaja. Sehingga 2006 seramai 10 orang pengetua dan 2 pemangku pengetua telah bertugas mentadbir sekolah ini iaitu:
  • 1. En. Abdullah Bin Hj. Nasir (1976)
  • 2. En. Ismail Bin Johari (1978)
  • 3. En. Samsi Bin Nasir (1982)
  • 4. En. Ahmad Bin Mohd Nor (Pemangku-1985)
  • 5. En. Zainal Bin Nong (1986)
  • 6. Tn. Hj. Yusuf Bin Ab. Rahman (1989)
  • 7. Tn. Hj. Ishak Bin Isnin (Pemangku-1991)
  • 8. Tn. Hj. Abd. Karim Bin Harun (1992)
  • 9. Tn. Hj. Wan Ismail Bin Wan Ahmad (1995)
  • 10. Tn. Hj. Marsono Bin Legino (1999)
  • 11. Tn. Hj. Abd. Kadir Bin Basiran (2004)
  • 12. En. Ramlan Bin Abdul Rawi (2006)
  • 13. En. Zakaria Bin Abd. Jalil (2013-sekarang)
 








 









Perjumpaan Minum Petang Di Penawar








Buat tatapan rakan-rakan
Terima Kasih 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan