Isnin, 3 November 2014

Lopes Pulut


Bahan
2 cawan beras pulut ( Rendam sebentar dengan 1 sudu air kapur )
10 helai daun pandan - tumbuk/kisar halus ) kisar bersama
1 ½  cawan air )
secubit garam
Daun pisang - dilayu atas api
kelapa parut secukupnya + sedikit garam - dikukus sebentar

Cara Membuat Lopes:-
1..Basuh beras pulut, toskan dan rendam sebentar masukkan ke dalam loyang.
2. Tuang air jus pandan secukupnya, masukkan garam kacau rata.
3..Kukus pulut sebentar. Bila hampir kering airnya, kacau2 rata dan keringkan sebentar (lebihkurang 4 - 5 minit). (Tak apa kalau pulut 3/4 masak, sebab akan dikukus pulak lepas tu).
4.  Sejukkan sebentar.
5.  Sediakan daun pisang (kalau boleh lagi lebar lagi bagus) dan potong agak panjang agar balutan boleh digulung 2 lapis takut pecah.
6.  Bungkus pulut mengikut cita rasa sendiri guna daun pisang.
Susun dalam periuk kukus dan kukus selama lebih kurang 15 - 20 minit.
7.  Keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Potong bulat selebar 1 cm dan gaulkan dengan kelapa parut.
8.  Hidangkan bersama dengan air gula merah/kabung.



Bahan Air Gula

2 keping gula kabung
1/2 cawan gula putih
2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
Cara
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Tapis dan biar sejuk.



~~ SELAMAT MENCUBA ~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan