Jumaat, 17 Oktober 2014

Bubur Som Som


Bahan-bahan A

v  180 g tepung beras ( 1 3/4 cawan )
v  40 g tepung jagung ( 2 sudu besar )
v  1,750 ml santan ( 1 biji kelapa ) 
v  1 sk garam atau secukup rasa 
v  5 – 6 helai daun pandan  ( bland ambil jusnya )

Sirap gula 

v  500 g gula melaka
v  1/4 cwn gula pasir
v  1000 ml air
v  2 helai daun pandan - disimpul



Cara-cara

1.    Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.ketepikan dulu.
2.    Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
3.    Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
4.    Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
5.    Sajikan bersama sirap gula melaka.



~~ Selamat Mencuba ~~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan