Isnin, 25 Mac 2013

Laman ku




Walaupun rumah tiada halaman yang luas. . saya tetap menanamnya dalam pasu kalau dikampung orang tanam belakang rumah, tapi bagi kita yang duduk di taman perumahan yang tiada tanah untuk menanam kena la tanam dalam pasu…..
Kegunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan masakan yang lebih lazat, lebih berperisa.




Daun Selasih – Herba yang mempunyai perisa lemon. Daunnya kecil dan tirus. Sering digunakan dalam masakan Thai. Ia menambah perisa kepada sup, salad, dan sajian mi / bihun.




Kucai – Digunakan dalam masakan Cina untuk memberi perisa bawang putih yang ketara. Potong kucai sepanjang 2-3 sm dan goreng dengan mi / bihun atau telur.





Kunyit – Digunakan dalam masakan untuk memberi perisa dan pewarna dalam masakan …. Di Negeri Sembilan pula, daun kunyit selalu digunakan dalam masakan rendang dan gulai bagi menambahkan aroma masakan tersebut.





Cekur – Digunakan dalam masakan untuk memberi perisa dalam masakan … sedap dicampur dalam kerabu ( Urap ).  Selain itu, ia juga dijadikan bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid




Daun Pandan – Digunakan sebagai pewangi makanan karena aroma yang dihasilkannya. Daun pandan biasa dipakai dalam pembuatan kuih atau masakan lain seperti pengat dan bubur. Sewaktu menanak nasi, daun pandan juga kerap diletakkan semasa menanak nasi dengan maksud supaya nasi menjadi beraroma harum. 



 



Pokok Limau PurutDaun limau purut sering kali digunakan dalam perubatan tradisi Melayu. Ia juga digunakan sebagai bahan masakan dalam masakan .









Tiada ulasan:

Catat Ulasan