Jumaat, 8 Mac 2013

Bubur Nasi Istimewa No. 1 @ Sentosa





Gerai yang dibuka ditepi jalan deretan kedai-kedai di Taman Sentosa memang menjadi tumpuan  walaupun nampak ringkas tapi rasanya sangat membuka selera sesiapa sahaja yang datang mengunjung. Jadi tidak hairanlah jika gerai ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung hampir setiap malam hinggalah larut malam.





Makan bersama keluarga berbumbung kan langit memang seronok. Gerai ini juga menjadi tumpuan pelbagai bangsa, ada yang datang dengan  kawan-kawan sepejabat dan macam-macam lagi.


telur masin. kacang. ikan masin. lobak masin


 kangkung goreng belacan


 ikan bilis

Set biasa yang dihidangkan bersama bubur ialah, kangkung goreng belacan, sambal, ikan masin, telur masin dan sambal ikan bilis. Anda juga boleh menambah hidangan seperti kerang rebus, lala, ikan bakar dan lain-lain. Perkhidmatan disini memang pantas dan pembantu semuanya memang ramah mesra. 


 kerang rebus

2 ulasan: