Selasa, 24 Januari 2017

Hari Keluarga 2016

Perjumpaan Keluarga  Haji Siis & Hajjah
Lasmah


Perjumpaan kali ini diadakan dirumah warisan keluarga  Haji Siis & Hajjah

Lasmah,, Kampung Parit Amil. Yong Peng. Johor.


 










Terima Kasih Pada Yang Sudi Memeriahkan Majlis ini.







Selasa, 17 Januari 2017

Mee Buatan Sendiri

Bahan :-

1/2 kilogram tepung gandum biasa
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil sedikit pewarna kuning
3/4 cawan air 
Secubit garam
minyak masak untuk digaul dan sedikit pada air rebusan

CARA untuk buat ABU.
* soda bikarbonat perlu ditukar kepada soda abu terlebih dahulu
* ambil tudung periuk dan letakkan soda tadi dan panaskan api perlahan hingga menjadi serbuk lebih kurang 5 minit.. 
* tekstur bertukar dari asal sambil dikacau kacau 
* biarkan sejuk sekejap

* masukkan dalam air tadi dan kacau
* keadaan air akan bertukar menjadi sedikit licin bila dipegang (maksudnya menjadi)
* masukkn sekali garam dan pewarna kuning..

Untuk Perhatian :-
Kunyit tidak boleh digunakan kerana kunyit mempunyai rasa yang kuat dan ia akan bertindak balas dengan bahan2 alkali dan menjadi warna merah.

* masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan tuang suku atau setengah gelas air bancuhan tadi ke dalam tepung. 
* Tepung yang diuli mestilah keras jangan lembut sangat kerana ia akan memberi masalah semasa nak mesin potong mee nanti. Cukup sekadar serbuk tepung bergumpal dan dapat menjadi ketulan. 
* Jika perlu tambah sedikit air bancuhan supaya serpihan yang tidak bergumpal dapat bergumpal.
* mesin kan doh guna no 5 bagi ketebalan.
* kemudian mesinkan pada bahagian mee.
* rebus mee agak agak 3-5 minit sehingga mee sedikit mengembang..
* toskan mee dan bolehlah digaul bersama minyak..
* siap untuk digoreng


Resepi >>>Puan Reen Khan



Selamat Mencuba